awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan pemilihan Pemuda UMNO Jempol tidak sah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2023
03:15 MYT
Keputusan pemilihan Pemuda UMNO Jempol tidak sah
Shamsulkahar. (7 Surat yang dikeluarkan oleh Sharir berhubung pembatalan persidangan Pemuda UMNO Bahagian Jempol.) -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Jempol pada 11 Mac lalu dibatalkan.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, pembatalan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 yang dipengerusikan Tan Sri Shahrir Abd Samad melalui surat rasmi bertarikh 15 Mac kepada Setiausaha UMNO Bahagian Jempol.
"Pembatalan itu adalah rentetan daripada beberapa bantahan yang telah dihantar oleh perwakilan Pemuda kepada Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO 2023.
"Jadi, jawatankuasa pemilihan UMNO 2023 telah bersidang dan mengambil keputusan untuk mengarahkan pihak UMNO Bahagian Jempol supaya membuat pengundian semula," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Sehubungan itu katanya, pihak pengurusan UMNO Jempol telah mencadangkan satu sesi pengundian semula jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian berkenaan.
Tambahnya, ia akan diadakan sebaik sahaja pengurusan UMNO Jempol yang baharu dibentuk selepas persidangan UMNO Bahagian pada Sabtu.
"Jadi keputusan pemilihan pemuda UMNO Jempol yang diadakan pada 11 Mac itu adalah tidak sah dan 10 pemuda UMNO bahagian yang telah dilantik pada mesyuarat tersebut itu juga terbatal.
"Bagaimanapun status Ketua Pemuda Cawangan adalah tidak terjejas dan merupakan perwakilan yang sah untuk hadir ke mesyuarat UMNO Bahagian Jempol pada hari ini (Sabtu)," ujarnya.
Beliau turut mengingatkan semua ahli dan perwakilan supaya dapat mematuhi peraturan pemilihan yang telah digariskan bagi memastikan perkara itu tidak berulang lagi. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Shamsulkahar Mohd Deli
#UMNO Bahagian Jempol
#Shahrir Abd Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan