awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/11/2022
09:38 MYT
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
ISMAIL: Rakyat jangan keliru seolah-olah sekarang tiada kerajaan. Kerajaan lama masih kekal tetapi sebagai kerajaan sementara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan caretaker akan bersidang seperti biasa untuk membentangkan mini Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan 2023, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Beliau berkata, kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
"Kita akan bersidang (Dewan Rakyat) dan RUU untuk bajet akan dibentangkan bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan, khususnya menyentuh pembayaran gaji penjawat awam.
"Itu (mini bajet) mesti dibentang sebelum Disember sebab untuk gaji Januari kena bayar untuk gaji penjawat awam. Jadi, itu mesti dibuat sebelum 31 Disember," katanya ketika ditemui di sebuah kedai makan di Sunway Putra di sini, pada Selasa.
Justeru, Ismail Sabri berkata, rakyat tidak perlu bimbang, kerana kerajaan sementara masih boleh berfungsi untuk mengurus tadbir negara.
"Jadi rakyat jangan keliru seolah-olah sekarang tiada kerajaan. Kerajaan lama masih kekal tetapi sebagai kerajaan sementara.. caretaker.
"Malah Kabinet yang lepas masih berfungsi sebagai Kabinet, kecuali mereka yang tidak bertanding atau kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Jadi mereka tiada dalam Dewan Rakyat.
"Mereka tidak boleh menjawat jawatan menteri seperti dulu," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kerajaan caretaker
#bajet mini
#Gaji penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan