awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor digesa segera hentikan polemik dengan FAS

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
31/03/2018
04:16 MYT
Kerajaan Selangor digesa segera hentikan polemik dengan FAS
Kata Budiman, jika kemelut bola sepak tidak diselesaikan segera ia akan merosakkan suka tersebut dari segi jangka panjang. - Gambar fail
Kerajaan Selangor perlu mengutamakan kepentingan awam dalam menyelesaikan kemelut dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi.
Katanya, kerajaan Selangor perlu mengambil kira perasaan rakyat negeri itu kerana bola sepak merupakan sukan yang paling diminati.
"Saya fikir polemik bola sepak ini harus dihentikan. Sukan bola sepak merupakan sukan nombor satu di Selangor dan antara peminat nombor satu di Selangor dalam sukan bola sepak ialah Duli Yang Mahu Mulia Tuanku Sultan Selangor.
"Jadi kalau polemik ini berpanjangan dan terus dengan sikap tidak mahu menetapkan atau mengambil keputusan mengambil kira kepentingan awam berbanding keputusan nafsu politik, saya kira ini akan merosakkan bola sepak dari segi jangka panjang," katanya kepada Astro AWANI.
Kemelut bola sepak di Selangor bermula apabila juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu tidak dibenarkan menggunakan Stadium Shah Alam.
Isu melibatkan penggunaan gelanggang keramat skuad ‘Gergasi Merah' bagi saingan Liga Super 2018 berlaku akibat salah faham antara FAS dan kerajaan negeri.
Ketika sidang DUN Selangor baru-baru ini, Budiman membangkitkan perkara tersebut namun Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan Selangor mendakwa isu tersebut telah dipolitikkan untuk memburukkan kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#Amiruddin Shari
#bola sepak
#Budiman Mohd Zohdi
#Malaysia
#Persatuan Bola Sepak Selangor
#Selangor
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan