KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Hulu Kinta, dari PKR, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan musuh politik yang dianggapnya lebih baik daripada duduk dengan gabungan bersama kumpulan yang disifatkan sebagai pengkhianat.
"Isunya adalah mengembalikan mandat rakyat. Justeru untuk mengembalikan mandat rakyat maka kerjasama dengan parti-parti lain dan untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Bagi pandangan saya sendiri baik kita kerjasama dengan musuh berbanding pengkhianat, rakyat juga sedia maklum siapa musuh dan pengkhianat ini," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya pendirian itu telah disuarakan dan akan dimuktamadkan di peringkat kepimpinan pusat PKR.
BACA: PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak
BACA: Politik Perak: UMNO, BN tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu politik
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak tumbang selepas empat ADUN daripada Bersatu menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Pas dan UMNO dengan 32 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Sementara itu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, demi kepentingan rakyat, PH bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.
“Saya terbuka untuk perbincangan yang membina dan kami sudah bersedia,” katanya dalam aplikasi Whatsapp yang dikongsi bersama media hari ini.
Sementara itu Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, keutamaan PH sekarang ialah menjaga kepentingan rakyat yang menderita sepanjang pandemik COVID-19.
“Kami tidak akan menyertai UMNO. Amanah dan PH bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil di Perak,” ujarnya
Hakim Rahman
Sun Dec 06 2020

Rakyat juga sedia maklum siapa musuh dan pengkhianat ini, kata Muhamad Arafat Varisai Mahamad.- Gambar fail

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.

Tiada perbincangan agihan kerusi PRN - Anwar
Anwar memaklumkan, perbincangan secara teliti tidak dibuat namun menjangkakan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.

PH Pulau Pinang diberi tempoh sebulan runding dengan BN negeri - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau menerima arahan daripada pimpinan tertinggi gabungan politik itu semalam untuk memulakan rundingan dengan BN.

PRN: Aminuddin yakin agihan kerusi PH, BN di Negeri Sembilan selesai dalam dua bulan
Aminuddin berkata setakat ini, tiada masalah atau isu besar mengenai kerjasama antara PH dan BN untuk bersama, bagi menghadapi pilihan raya nanti.

'UMNO kalah bukan kerana seorang figura tetapi sebab khianat'
Menurut Mohd Razlan, bagi meningkatkan imej UMNO, pemimpin yang berjawatan dalam kerajaan perlu memainkan peranan.

Menjelang PRN: Kerjasama BN, PH perlu diperkukuhkan - Ahmad Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyifatkan kerjasama berkenaan adalah jajaran politik yang harus dilihat ke hadapan.

Anwar semak perincian belanjawan pastikan penyampaian terbaik
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan menyemak perincian Belanjawan MADANI bagi membantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik.

Wanita PH tubuh klinik guaman bantu kos penceraian
Inisiatif tersebut dibuat bagi membantu wanita menghadapi kesulitan dari segi kos guaman untuk menghadapi kemelut rumah tangga.

Wanita PH Kelantan sasar lima kerusi hadapi PRN
Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

PM yakin Kerajaan Perpaduan mampu bertahan hingga tamat penggal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran.

Dewan Rakyat: Beranikah Tambun mengaku janji manifesto PH sekadar retorik? - Muhyiddin
Kerajaan digesa untuk meluluskan segera peruntukan kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang, yang kawasan mereka dilanda banjir.