awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama parti komponen BN penting untuk menang PRU-14 - PBS

Bernama
Bernama
18/10/2017
11:35 MYT
Kerjasama parti komponen BN penting untuk menang PRU-14 - PBS
Radin mahu semua parti komponen BN di Sabah meningkatkan kerjasama menjelang PRU-14.
Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini menyeru parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri itu agar meningkatkan kerjasama sesama sendiri bagi memastikan kemenangan calon BN Sabah di kawasan pedalaman pada pilihan raya umum ke-14.
Naib Presidennya Datuk Seri Radin Malleh berkata kemenangan di kawasan pedalaman bergantung kepada kekuatan kerjasama parti komponen dan tiada jalan pintas untuk menang mudah pada pilihan raya itu.
"Kita perlu bekerjasama dan berjuang habis-habisan untuk matlamat ini (menang pilihan raya)," katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Kemabong di sini, hari ini.
Pada masa sama, Radin menggesa pemimpin akar umbi agar sentiasa menghayati sepenuhnya matlamat perjuangan parti selain sentiasa berusaha memperkukuh hubungan dengan rakyat.
"Jika kita ingin menjadi pemimpin yang baik, kita harus menjadi pengikut yang setia kepada pucuk pimpinan serta patuh kepada matlamat perjuangan parti," tegasnya.
Sementara itu, sambil memuji kesetian anggota parti itu di kawasan Kemabong, Radin berkata perjuangan PBS sangat stabil dan tidak pernah berganjak daripada matlamat asal untuk membela nasib rakyat berbilang kaum di negeri ini.
"Kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendahulukan rakyat berbilang kaum di negara ini seiring dengan perjuangan PBS," katanya.
Beliau juga berkata pada dasarnya PBS Melalap dan Kemabong telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang namun beliau mahu usaha itu dilipatgandakan terutama dalam mendekati rakyat di kawasan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Parti Bersatu Sabah
#PBS
#PRU 14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan