Kerjasama antara PAS dan UMNO dijangka terus menjadi topik utama yang akan dikupas oleh perwakilan yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-65 yang akan berlangsung di sini pada 21 hingga 23 Jun ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata perbincangan ke arah kerjasama kedua-dua parti itu selari percaturan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
"Saya tidak merasakan akan timbul persoalan atau bantahan daripada perwakilan berhubung perpaduan PAS-UMNO kerana perihal untuk bekerjasama sudah dinyatakan sebagai pendirian parti dan pendirian Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya semasa dihubungi di sini, pada Selasa.
Ini bukan kali pertama anggota perwakilan berpeluang membincangkan isu berkenaan kerana topik sama telah menjadi antara agenda utama sejak Muktamar Tahunan Pas ke-64 di Terengganu tahun lepas, selepas kedua-dua parti secara terbuka menyokong satu sama lain bermula dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan Seri Setia.
Menurut Takiyuddin seramai 1,200 perwakilan akan mengambil bahagian pada persidangan kali ini yang akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Bandar Indera Mahkota, di sini.
Majlis perasmian persidangan itu akan disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Takiyuddin beberapa 'nama besar' UMNO juga dijangka menghadiri perasmian muktamar antaranya Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.
"Selain itu, kita juga menjangkakan kehadiran pemimpin UMNO lain termasuk daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri," katanya.
Beliau berkata isu kerjasama PAS-Umno juga dijangka menjadi tumpuan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke-60 yang akan membuka tirai persidangan di Bukit Gambang Resort City di sini, esok.
Selain itu, menurut Takiyuddin, turut akan berlangsung ialah Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 yang akan diadakan di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota pada 20 Jun ini.
Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain mengakui walaupun kerjasama PAS-UMNO tidak mustahil untuk direalisasikan, namun ia bukan kerja mudah khususnya untuk memastikan ia mampu berterusan sehingga ke pilihan raya umum akan datang.
Pembahagian kerusi antara kedua-dua parti dijangka menjadi cabaran utama mengambil kira kesediaan dan keikhlasan parti berkenaan untuk mengorbankan kerusi, khususnya yang membabitkan kerusi tradisi, katanya.
"Menyerahkan kerusi bukan perkara mudah, baik kepada mana-mana sahaja parti politik. Mengambil kira contoh PAS, adakah mereka sanggup mengurangkan jumlah calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu?
Ahmad Atory yang juga bekas profesor Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM) berpandangan, isu penyatuan PAS-UMNO juga masih belum benar-benar padu dalam kalangan akar umbi, walaupun isu itu sering dimainkan oleh pemimpin parti tersebut.
Beliau menambah terlalu awal untuk mengatakan kerjasama PAS-UMNO boleh menjamin kemenangan pada PRU-15 dengan hanya mengambil kira kemenangan parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Cameron Highlands dan Semenyih.
"Ini kerana Kerusi DUN Rantau dan Parlimen Cameron Highlands memang milik BN manakala pada PRK DUN Semenyih, kemenangan BN bukanlah dengan majoriti yang terlalu selesa kerana hanya lebih 1,000 undi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019
Seramai 1,200 perwakilan dijangka mengambil bahagian pada persidangan kali ini yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Jun. - Gambar fail
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.