awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama UMNO, Pas perlu perbincangan semua pihak

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/05/2022
08:15 MYT
Kerjasama UMNO, Pas perlu perbincangan semua pihak
Mahdzir Khalid (empat dari kiri) bergambar selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Penempatan Desa KEDA di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena hari ini. - Gambar Astro AWANI
POKOK SENA: Kerjasama antara UMNO dan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu perbincangan semula secara khusus di peringkat kepimpinan tertinggi parti.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, perkara itu perlu diperincikan dengan teliti di peringkat parti dan tidak boleh bergantung kepada keputusan individu sahaja.
“Saya fikir apa-apa yang nak disebut nanti adalah atas keputusan parti… jadi penyelesaian terakhirnya daripada parti, keputusan parti itu penting,” kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Hak Milik Penempatan Desa KEDA di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena di sini, hari ini.
Sebelum ini, terdapat beberapa pemimpin UMNO yang seolah-olah memberi bayangan tiada lagi sebarang kerjasama antara parti itu dan Pas pada PRU-15.
Malah sebelu ini juga, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambarkan PAS sebagai parti talam dua muka sekali gus menyukarkan kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) itu dalam PRU-15.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, penyatuan ummah menerusi MN itu adalah formula terbaik bagi Pas dan UMNO untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.
Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata. sehingga kini hubungan Pas dan UMNO tertakluk pada kepimpinan dalam kerajaan demi kesejahteraan rakyat negara ini.
“Hubungan ini atas kerajaan, masih lagi dengan kerajaan saya dan kerajaan masih lagi ada kepimpinan parti Pas, Bersatu semua sekali dalam kerajaan. Soal (hubungan) parti, (UMNO) kena buat keputusan nanti,” ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#UMNO
#PAS
#Muafakat Nasional
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan