awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesabaran, kematangan Perdana Menteri senjata baik hadapi musuh politik

Bernama
Bernama
27/08/2016
14:50 MYT
Kesabaran, kematangan Perdana Menteri senjata baik hadapi musuh politik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) melihat barang-barang perlombongan yang digabungkan menjadi cenderahati ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Paya Besar. Turut hadir Abdul Manan (tiga, kanan). - Foto Bernama
Kesabaran dan kematangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'senjata terbaik' untuk menangani tohmahan dan serangan musuh politik.
Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata selaku presiden parti keramat, Najib melalui jalan sukar akibat niat jahat musuh-musuh politik yang menggunakan pelbagai isu untuk menjatuhkan beliau.
"Sikap matang, tenang, keterbukaan dan kesabaran yang dimiliki presiden (Najib) amat luar biasa dalam menangkis segala tohmahan, fitnah dan keangkuhan musuh politik.
"Namun, presiden masih mampu meneruskan perjuangan menguruskan UMNO dan pentadbiran negara serta terus memperjuang nasib rakyat," katanya semasa berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di sini hari ini yang dirasmikan oleh Najib.
Abdul Manan, yang pernah menjadi setiausaha sulit kepada Najib, berkata keperibadian perdana menteri itu juga menyebabkan kesemua 80 cawangan UMNO di bawah Parlimen Paya Besar berdiri teguh dan menyokong pimpinan presiden.
"Anggota UMNO Paya Besar dengan tulus ikhlas berazam dan berikrar berdiri teguh di belakang presiden dalam senang, susah, senyum serta tangisan.
"Kami berdoa supaya apa jua cabaran, sengketa dan politik kotor akan berakhir dengan kejayaan," katanya yang disambut dengan sorakan lebih 10,000 hadirin.
Topic Berkaitan
#Abdul Manan Ismail
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan