awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketiadaan pimpinan BN di Kongres DAP kerana tidak diundang, bukan boikot - Loke

Khalis Khadir
Khalis Khadir
16/03/2025
08:39 MYT
Ketiadaan pimpinan BN di Kongres DAP kerana tidak diundang, bukan boikot - Loke
Anthony Loke berkata, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan ia adalah kebiasaan. -Bernama
SHAH ALAM: DAP menepis dakwaan kononnya pemimpin Barisan Nasional (BN) memboikot penganjuran Kongres DAP Ke-18 hari ini.

Ringkasan AI
  • DAP menepis dakwaan bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) memboikot Kongres DAP Ke-18, dengan menyatakan bahawa jemputan hanya diberikan kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan bahawa kongres kali ini hanya melibatkan komponen PH, dan ini adalah amalan biasa.
  • Loke menegaskan bahawa tiada masalah antara DAP dan BN, dan setiap gabungan politik mengadakan perhimpunan mereka sendiri.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).
"Kita lebih kepada perhimpunan dalam PH. Adakala kita jemput (parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan).
"Kongres kali ini kita tidak jemput (BN dan gabungan lain). Konvensyen BN pun hanya jemput parti komponen mereka.
"Kita bukannya ada apa-apa masalah, cuma kadangkala kita hanya membabitkan komponen kita sendiri dan ini amalan biasa.
"Gabungan Parti Sarawak pun adakan himpunan mereka sendiri, BN pun adakan himpunan mereka sendiri," katanya pada sidang media selepas kongres berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Kongres DAP
#Anthony Loke
#Barisan Nasional
#tidak dijemput
#bukan boikot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan