awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Menteri Melaka yakin gabungan Perikatan Nasional beri gerak kerja baik buat rakyat

Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
09/03/2020
09:49 MYT
Ketua Menteri Melaka yakin gabungan Perikatan Nasional beri gerak kerja baik buat rakyat
Tambah Sulaiman, sudah tiba masa bagi setiap ADUN di negeri itu memulakan kerja mereka demi rakyat sekaligus menamatkan kemelut politik Melaka. - Foto Astro AWANI
Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Sulaiman Md Ali yakin bahawa kerajaan gabungan Perikatan Nasional di negeri itu mampu memberi gerak kerja yang terbaik buat rakyat.
Jelasnya, ia berdasarkan latar belakang setiap 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibawah perikatan itu.
"Gabungan Perikatan Nasional setiap ADUN itu terdiri daripada pelbagai latar belakang, sudah pasti gabungan ini beri gerak kerja yang baik memandangkan keadaan yang berlaku ini memerlukan di kalangan mereka pelbagai latar belakang.
"Ia dapat memastikan kerja kemasyarakatan dan sebagainya perlu diselesaikan untuk rakyat negeri Melaka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tambah Sulaiman, sudah tiba masa bagi setiap ADUN di negeri itu memulakan kerja mereka demi rakyat sekaligus menamatkan kemelut politik Melaka.
Sementara itu, mengulas berkenaan lantikan Exco Kerajaan Negeri kata Sulaiman, beliau akan meneliti setiap nama yang akan disenaraikan sebelum mempersembahkannya kepada Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
"Lantikan Exco, berilah saya peluang dahulu untuk saya ambil kira setiap sudut untuk kita senarai nanti.
"Saya akan persembahkan kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob untuk diperkenanakan dulu. Saya pasti dikalangan Exco juga diambil kira pelbagai sudut supaya bersama-sama menjalankan kerja yang hampir dua minggu tertunggak," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ADUN Lendu
#Ketua Menteri
#Ketua Menteri Melaka
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan