awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pembangkang DUN Melaka hormat keputusan Sulaiman letak jawatan

Bernama
Bernama
30/03/2023
04:33 MYT
Ketua Pembangkang DUN Melaka hormat keputusan Sulaiman letak jawatan
Mohd Yadzil (kiri) menghormati keputusan Sulaiman (kanan) yang telah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka.
MELAKA: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Dr Mohd Yadzil Yaakub menghormati keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Sulaiman Md Ali yang telah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka itu berkata pihaknya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sulaiman atas jasa dicurahkannya sepanjang memegang jawatan itu.
"Kami mengambil pendirian tidak mencampuri urusan kemelut politik yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) Melaka.
"Saya dan ADUN PN yang lain akan kekal komited sebagai pembangkang yang berwibawa.
"Kami akan terus memperjuangkan suara rakyat dan menjadi check and balance (semak dan imbang) yang baik kepada Kerajaan Negeri Melaka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Yadzil turut berharap agar Ketua Menteri baharu akan terus membawa agenda rakyat yang masih tersepit dengan kos sara hidup yang tinggi serta mampu menyelesaikannya di samping membawa kemajuan kepada negeri Melaka.
Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka mula dilaporkan media sejak semalam susulan tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp mengenai istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri yang baharu akan berlangsung Jumaat ini.
Antara nama yang disebut-sebut menggantikan Sulaiman ialah ADUN Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letak jawatan
#mohd yadzil yaakub
#Sulaiman Md Ali
#Ketua Menteri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan