awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Siang mahu Rahman Dahlan mohon maaf pada UiTM

Haider Yutim
Haider Yutim
24/05/2014
01:04 MYT
Kit Siang mahu Rahman Dahlan mohon maaf pada UiTM
Kit Siang mahu Rahman Dahlan mohon maaf pada UiTM
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan memohon maaf atas kenyataannya yang meminta pengundi di Teluk Intan agar tidak memilih calon hanya kerana calon itu memakai gincu.
“Abdul Rahman perlu memohon maaf kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan juga kepada semua wanita,” kata beliau di hadapan penyokong DAP semasa program ceramah kempen bagi calon Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo di Dewan Kolej Han Chiang, Pulau Pinang pada Jumaat.
Menurut Kit Siang yang Ahli Parlimen Gelang Patah, kenyataan Abdul Rahman itu bukan sahaja menghina graduan UiTM, malah seluruh anggota Parlimen dan juga menteri-menteri wanita.
Sementara itu, beliau turut menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal memberi impak kepada keputusan di Teluk Intan.
“Apa yang anda lakukan pada Ahad ini akan memberi impak yang besar pada pengundian di Teluk Intan pada 31 Mei nanti,” katanya sambil menggesa para pengundi di Bukit Gelugor memberi sokongan penuh kepada parti itu.
Abdul Rahman dalam kenyataannya baru-baru ini berkata pengundi di Teluk Intan tidak seharusnya memilih calon berdasarkan penampilannya semata-mata.
“Adakah kita undi seseorang hanya kerana dia memakai gincu? Kerana dia senyum dan memakai solekan serta lebih cantik dari Mah (Siew Keong)?” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud.
Selain itu, Abdul Rahman juga berkata hanya orang yang ‘bodoh’ akan mengundi seseorang berdasarkan paras rupa.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Bukit Gelugor
#Lim Kit Siang
#Teluk Intan
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan