awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Siang selamat jalani pembedahan buang tumor

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2017
08:22 MYT
Kit Siang selamat jalani pembedahan buang tumor
Lim Kit Siang menjalani prosedur laparoscopic partial nephrectomy pada 19 Disember lalu. - Gambar fail
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang selamat menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya, kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng hari ini.
Kit Siang yang juga ahli Parlimen Gelang Patah menjalani prosedur laparoscopic partial nephrectomy pada 19 Disember lalu.
"Prosedur laparoscopic partial nephrectomy itu berlangsung dengan baik dan doktor menjangkakan beliau akan kembali pulih seperti sedia kala tanpa sebarang komplikasi.
"Tumor kecil ini mujur ditemui ketika pemeriksaan kesihatan berkala ke atas Kit Siang.
"Ujian biopsi ke atas tumor yang telah dibuang ini mendapati bahawa ia adalah kanser tahap pertama (Stage 1a), kanser tahap paling rendah," katanya.
Dalam kenyataan itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu urusan kawasan di Gelang Patah akan dikendalikan wakil khas, Ng Siam Luang dan pejabat parlimen DAP Gelang Patah.
Selain itu, Pengerusi DAP Johor merangkap anggota parlimen Kluang, Liew Chin Tong akan membantu menyelia kerja-kerja kawasan sepanjang ketiadaan Kit Siang.
"Pihak keluarga mengucapkan penghargaan kepada semua pihak dan amat berterima kasih sekiranya Sdr Lim (Kit Siang) diberi ruang waktu untuk sembuh dan pulih, agar beliau dapat kembali beraksi secepat mungkin," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#DAP
#Gelang Patah
#Johor
#kanser
#Lim Guan Eng
#Lim Kit Siang
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Pembedahan
#tumor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan