awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gerakkan semua agensi berkaitan banteras pemalsuan MyKad
Iran tegaskan suasana kembali aman, tolak naratif palsu berita luar
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Siang tidak setaraf dengan PM Najib untuk berbahas - Salleh

Bernama
Bernama
24/01/2017
13:41 MYT
Kit Siang tidak setaraf dengan PM Najib untuk berbahas - Salleh
DR SALLEH: Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan. - Gambar fail
Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
"Mungkin Kit Siang terlupa bahawa beliau hanya Pengerusi DAP. Malah, beliau juga bukan ketua Pakatan Harapan dan ini tidak meletakkannya setaraf dengan Perdana Menteri, yang merupakan pengerusi Barisan Nasional.
"Sekiranya Kit Siang adalah ketua Pakatan Harapan atau Perdana Menteri Bayangan, maka beliau mungkin mempunyai sebab untuk menuntut mengadakan perbahasan dengan Najib," kata Salleh dalam blognya http:/sskeruak.blogspot.com/.
Salleh juga menegaskan bahawa Kit Siang perlulah terlebih dahulu mengambil alih jawatan sebagai ketua Pakatan Harapan daripada (presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mengumumkan secara rasmi bahawa beliau adalah Perdana Menteri Bayangan sebelum mencabar Najib untuk berbahas.
Ahad lepas, Kit Siang, melalui blognya, meminta Najib berbahas dengan beliau dan mempertikaikan keengganan Perdana Menteri untuk menyahut cabarannya berbahas secara terbuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Lim Kit Siang
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan