awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Siang usah perdaya minda Melayu, hakikatnya Pakatan Harapan dikuasai DAP - Ismail

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2017
05:36 MYT
Kit Siang usah perdaya minda Melayu, hakikatnya Pakatan Harapan dikuasai DAP - Ismail
ISMAIL: Seorang diktator tetap akan menjadi seorang diktator.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dinasihat tidak cuba memperlekeh dan memperdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai dan dimiliki oleh DAP.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan rahsia lagi bahawa DAP adalah sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina dan Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu.
"Justeru itu, Kit Siang perlu menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan sebab DAP adalah anggota parti yang terbesar dalam Pakatan Harapan.
"Jika Kit Siang melantik seorang Melayu menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan maka ternyata ini adalah satu muslihat untuk perdaya pengundi-pengundi Melayu.
"Kit Siang perlu mengambil jawatan Pengerusi Pakatan Harapan jika mahu membuktikan bahawa Pakatan Harapan sebenarnya bukan Pakatan Ali Baba," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mencadangkan nama Barisan Rakyat, namun tidak dipersetujui Kit Siang dan nama Pakatan Harapan dikekalkan.
Hal itu menurut Ismail, menunjukkan sifat Kit Siang dan membuktikan DAP terlalu berkuasa dalam pakatan pembangkang.
Jelas Ismail lagi, Orang Melayu perlu sedar bahawa Kit Siang hanya mahukan undi orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.
"Selepas itu, Kit Siang akan mengunakan kuasa Putrajaya untuk memerintah sehingga ke anak cucu.
"Seorang diktator tetap akan menjadi seorang diktator," tegasnya.
Topic Berkaitan
#DAP
#ismail sabri yaakob
#Lim Kit Siang
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan