awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolaborasi silang parti politik perlu diwujudkan - Penganalisis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/10/2020
07:52 MYT
Kolaborasi silang parti politik perlu diwujudkan - Penganalisis
Dalam masa yang sama, Sivamurugan turut menyeru semua parti politik agar segera melakukan gencatan politik yang lebih jelas bagi menzahirkan keinginan sama iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kolaborasi silang parti politik perlu diwujudkan untuk memastikan kerjasama semua ahli parlimen dalam memberikan sokongan padu kepada Belanjawan 2021.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, titah Yang di-Pertuan Agong jelas memberi mesej agar ahli parlimen tidak mempunyai naratif berbeza.
"Sudah tentu ada dua naratif yang berbeza ketika ini, satu jika menyokong (pembentangan belanjawan) ia beranggapan akan memberi lebih legitimasi kepada kerajaan.
"Satu lagi naratif berangapan bahawa inilah peluang menguji legitimasi Perdana Menteri.
"Tetapi titah Yang di-Pertuan Agong sebenarnya melihat - satu masa depan negara yang berada di persimpangan, dan bagaimana tidak melahirkan krisis nasional disebabkan oleh kegagalan untuk bekerjasama," katanya ketika ditemubual Astro AWANI menerusi Skype, pada Rabu.
BACA: Agong mahu ahli politik hormat titah Baginda, beri sokongan padu pada Belanjawan 2021
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi merealisasikan kolaborasi tersebut, kerajaan perlu mendapatkan pandangan daripada pelbagai pemimpin politik.
"Ini untuk melihat sejauh mana ia sebenarnya menjadi satu keterangkuman berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama yang dulunya pernah dipersetujui oleh kerajaan Pakatan Harapan. Itu boleh dijadikan asas untuk membolehkan usaha mempertahan belanjawan," jelasnya lagi.
Dalam masa yang sama, Sivamurugan turut menyeru semua parti politik agar segera melakukan gencatan politik yang lebih jelas bagi menzahirkan keinginan sama iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Katanya, ia penting bagi mengakhiri polemik yang melanda negara ketika ini, sekali gus mengenepikan kepentingan peribadi masing-masing.
"Titah Yang di-Pertuan Agong jelas bahawa jika kepentingan peribadi yang diutamakan, maka sekali lagi masyarakat akan berhadapan dengan polemik yang tidak ada penghujungnya dan ahli politik sendiri kemudiannya akan dihukum," katanya.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Malaysia
#Perikatan Nasional
#Belanjawan 2021
#titah Yang di-Pertuan Agong
#gencatan politik
#Kolaborasi silang parti politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan