awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
Dos kelahiran vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvensyen BN Selangor cari formula tawan semula negeri

Bernama
Bernama
24/07/2022
09:39 MYT
Konvensyen BN Selangor cari formula tawan semula negeri
Noh berkata, konvensyen itu merupakan medan bagi BN menghasilkan resolusi, untuk mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar/ Astro AWANI
KUALA SELANGOR: Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor yang akan diadakan pada 31 Julai ini dilihat menjadi platform untuk mencari formula bagi menawan semula negeri itu.
Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata konvensyen yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah alam itu, merupakan medan bagi parti kompenen itu menghasilkan resolusi, untuk mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Jentera kita di Selangor memang sudah bersedia, kita mahu kukuhkan lagi pergerakan jentera sedia ada di negeri ini," katanya selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Tanjong Karang 2022, di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini hari ini.
Noh yang juga merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata seramai 500 ahli daripada parti komponen BN di setiap Parlimen di negeri itu, dijangka menghadiri konvesyen itu.
"Di dalam konvensyen itu nanti, akan ada forum politik dan ekonomi oleh ahli panel, yang terdiri daripada tokoh ekonomi daripada kaum Melayu, India dan Cina.
"Selain itu, kita turut mengadakan bengkel dan daripada forum dan bengkel itu nanti kita akan menghasilkan satu resolusi mengenai BN serta bagaimana cara memenangi semula negeri Selangor pada PRU15," katanya.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata konvesyen itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Konvensyen BN Selangor
#formula
#Noh Omar
#cara tawan semula selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan