awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis MIC: Saya masih tunggu Palanivel panggil mesyuarat - Sothinathan

Bernama
Bernama
25/02/2015
12:26 MYT
Krisis MIC: Saya masih tunggu Palanivel panggil mesyuarat - Sothinathan
SOTHINATHAN: Krisis MIC: Saya masih tunggu Palanivel panggi mesyuarat - Gambar fail
Selepas seminggu Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bersetuju untuk memanggil mesyuarat segera Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 bagi penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Bebas dalam kalangan parti itu, sehingga kini tiada tanda-tanda atau bayangan bila ini akan berlaku.
Setiausaha Agung MIC Datuk S. Sothinathan ketika dihubungi Bernama hari ini berkata beliau masih menunggu arahan Palanivel untuk mengadakan mesyuarat tersebut.
"Belum ada apa-apa arahan daripada presiden, jadi kami masih tunggu. Bila dah dapat arahan baru kami umumkan," katanya ringkas apabila ditanya perkembangan perkara ini.
Pada 18 Feb lepas, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan berkata Palanivel akan memanggil mesyuarat segera CWC 2009 untuk penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Bebas dalam kalangan parti itu.
Beliau berkata perkara itu dicapai dalam mesyuarat peringkat tinggi BN yang dihadiri Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama Palanivel dan Subramaniam dan beliau sendiri.
Tengku Adnan juga berkata perjumpaan itu mencapai keputusan untuk pemilihan semula MIC diadakan dan antara keputusan perjumpaan itu adalah untuk mengguna pakai senarai anggota CWC MIC tahun 2009 seperti yang diputuskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pada hari yang sama Palanivel berkata beliau akan mengarahkan Sothinathan untuk mengadakan mesyuarat segera CWC 2009, mungkin selepas Tahun Baharu Cina.
Tanpa mendedahkan tarikh sebenar, katanya beliau juga akan menghantar surat kepada Tengku Adnan untuk memaklumkan perkara itu.
Pada 9 Feb lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MIC perlu mengadakan pemilihan semula semua jawatan antara April dan Julai tahun ini bagi mengelak parti itu dibatalkan pendaftarannya.
Kemelut MIC timbul setelah ROS membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan CWC, yang diadakan di Melaka pada November 2013, susulan aduan berlaku penyelewengan dan dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, ROS mengarahkan MIC supaya mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.
Topic Berkaitan
#BN
#MIC
#Palanivel
#Sothinathan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan