awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ku Li menghadap Agong di luar pengetahuan saya' - Zahid Hamidi

Fareez Azman
Fareez Azman
13/10/2020
11:28 MYT
'Ku Li menghadap Agong di luar pengetahuan saya' - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata hanya mengetahui tindakan Ku Li melalui laporan media tempatan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mengetahui hasrat ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa.
Menurutnya, pertemuan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu yang turut dikenali dengan nama Ku Li, hanya diketahuinya melalui laporan media tempatan.
"Beliau tidak memaklumkan saya mengenai perkara itu, macam mana saya nak tahu? Saya hanya tahu mengenainya daripada media," katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, Tengku Razaleigh dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 2.43 petang tadi menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap selepas menghadap Al-Sultan Abdullah dipercayai berhubung situasi politik terkini.
Bagaimanapun, sehingga kini belum dapat dipastikan inti pati pertemuannya bersama baginda.
Dalam pada itu, satu mesyuarat Biro Politik UMNO turut akan diadakan pada malam ini.
Bagaimanapun, difahamkan mesyuarat berkenaan telah dijadualkan lebih awal dan bukan disebabkan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Zahid Hamidi
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
#Pakatan Harapan
#Yang di-Pertuan Agong
#presiden
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan