TIKTOK baru-baru ini telah mengeluarkan laporan suku tahunan Q3 2023.

Dalam tempoh tiga bulan ini, sebanyak 136,530,148 video telah dipadam kerana melanggar polisi berkenaan kandungan propaganda, fitnah atau berita palsu dan sebagainya.

Menariknya dalam laporan ini, turut terdapat data untuk pengguna di Malaysia. Sebanyak 1,555,199 video yang telah dipadam dan 90.8 peratus video mengambil masa sekitar 24 jam untuk dipadam.

Kebanyakan video yang dipadam ini adalah kandungan peperangan Rusia dan Ukraine serta turut terkesan adalah video politik Malaysia.

Jumlah lebih 136 juta video yang dipadam sepanjang tiga bulan ini hanyalah 1 peratus daripada keseluruhan video yang dimuat naik dari 1 Julai 2023 ke 3 September 2023. -Amanz