awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantikan enam pemimpin Sabah satu pengiktirafan buat rakyat negeri ini - Bung Moktar

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
27/08/2021
11:52 MYT
Lantikan enam pemimpin Sabah satu pengiktirafan buat rakyat negeri ini - Bung Moktar
Bung berkata, kejayaan sesebuah Kabinet itu bergantung kepada kerjasama dan anggotanya perlu memainkan tanggungjawab mereka dengan telus demi kepentingan rakyat.
KOTA KINABALU: Pelantikan enam Ahli Parlimen Sabah dalam pembentukan Kabinet baharu disifatkan sebagai satu pengiktirafan buat rakyat negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ia sekali gus membuktikan bahawa frasa 'Keluarga Malaysia' diterjemahkan dalam memenuhi aspirasi rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Sambil menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas pelantikan dua menteri Penuh dan empat timbalan menteri, Bung berharap agar barisan Kabinet baharu mampu menjadi pasukan yang berwibawa.
"Kita sedar dan insaf, pada ketika rakyat masih bergelut dengan penularan pandemik COVID-19 dan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, rakyat menaruh harapan cukup besar kepada Kabinet baharu ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, kejayaan sesebuah Kabinet itu bergantung kepada kerjasama dan anggotanya perlu memainkan tanggungjawab mereka dengan telus demi kepentingan rakyat.
"Kita juga mengharapkan Kabinet baharu ini perlu mempunyai satu idea baharu disusuli dengan tindakan-tindakan yang pantas. Ini kerana, rakyat mahu apabila sesuatu itu diumumkan, kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakannya, bukan untuk menunggu lagi,” katanya.
Mengulas mengenai pelantikan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, ia merupakan pengiktirafan kepada UMNO Sabah sebagai gabungan utama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Mohamad merupakan satu-satunya pemimpin yang mewakili UMNO Sabah dan telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.
"Dengan pelantikan itu, kita berharap Mohamad akan lebih memahami isu dan keperluan pendidikan di Sabah untuk disuarakan secara langsung kepada kerajaan dan Kementerian Pendidikan," katanya.
Mengulas lanjut mengenai pelantikan Datuk Arthur Joseph Kurup sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menyifatkan ia sebagai jambatan antara Kementerian Kerja Raya di peringkat Pusat dan negeri dalam mewujudkan kolabarasi yang lebih padu.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Ahli Parlimen Sabah
#Kabinet Malaysia2021
#rakyat Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan