awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantikan Ketua Menteri Melaka baharu: Tumpuan harus pada kemahuan, kepentingan rakyat - Penganalisis

Faida Rahim
Faida Rahim
29/03/2023
23:50 MYT
Lantikan Ketua Menteri Melaka baharu: Tumpuan harus pada kemahuan, kepentingan rakyat - Penganalisis
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini, kata Prof Sivamurugan Pandian.
KUALA LUMPUR: Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Sivamurugan Pandian menyifatkan, ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan.
“Sudah pasti rakyat negeri Melaka juga mahu melihat tadbir urus baharu memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan rakyat termasuk agenda merakyatkan kepimpinan itu wajar menjadi asas kepada perubahan yang mahu dilakukan.
“Sudah pasti politiking mahu diakhiri di peringkat ini supaya kestabilan politik akan dapat merancakkan semula atau sektor lain yang perlu dilakukan oleh barisan kepimpinan negeri. Kerana ini bukan lagi soal jawatan, pangkat atau kedudukan tetapi yang wajar menjadi titik tolak, penting bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup kebajikan dan juga soal membahagiakan, mengharmonikan rakyat,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah Sivamurugan, kepimpinan terbaharu ini seharusnya memberikan nilai tambah kepada perubahan dan sejumlah manfaat kepada rakyat sewajarnya menjadi hal paling dominan selepas ini.
Terdahulu, desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.
Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri Melaka
#Sulaiman Md Ali letak jawatan
#Sivamurugan Pandian
#politik melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan