awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan ahli PKR kena tindakan langgar peraturan parti semasa PRU14

Bernama
Bernama
23/07/2018
14:32 MYT
Lapan ahli PKR kena tindakan langgar peraturan parti semasa PRU14
PKR memecat Ketua Cabang Pasir Salak Noor Azwan Ramli kerana melanggar tatatertib dan disiplin parti.
PKR memecat Ketua Cabang Pasir Salak Noor Azwan Ramli kerana melanggar tatatertib dan disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Selain itu, parti berkenaan juga mengambil tindakan menggantung keanggotaan enam lagi sementara seorang diberi amaran keras atas kesalahan sama.
"Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Biro Politik pada 10 Julai lalu yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri anggota-anggota Biro Politik yang lain," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan, di sini malam ini.
Beliau berkata mereka yang digantung keanggotaan selama dua tahun ialah lima ketua cabang iaitu Audanan Talib (Tapah), Id Azalan Shah Banyamin (Lenggong), Mejar Kaha Othman (Gerik), Kapten (B) Usaili Alias (Parit) dan Mohd Khair Mohd Zainal (Kuala Kangsar).
Turut digantung keanggotaan selama dua tahun ialah anggota Angkatan Muda Pulau Pinang Shamugam Marimuthu manakala Ketua Cabang Padang Rengas Alias Ibrahim diberi amaran keras.
"Berikutan keputusan ini, semua nama yang berkenaan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti parti pada semua peringkat," kata Fahmi.
Bagaimanapun beliau berkata kesemua mereka boleh membuat rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan tersebut menurut Fasal 42 Perlembagaan parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#disiplin parti
#Ketua Cabang Pasir Salak
#Noor Azwan Ali
#Parti Keadilan Rakyat
#pilihan raya umum
#PKR
#PRU14
#tatatertib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan