awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR

Bernama
Bernama
11/11/2022
11:58 MYT
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sebagai maklum balas terhadap dakwaan perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses pengundian pos di Parlimen Bera.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, dilaporkan mendakwa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Anwar turut mendakwa anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian.
PRU15 | Anwar dakwa ada anggota tentera dibayar mengundi hari ini
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan tersebut sebagai fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan itu.
Ismail berkata dakwaan itu juga mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menghina anggota tentera bukan hanya di Bera, malah di seluruh negara yang selama ini berkhidmat mempertahankan negara serta dihormati masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanya Pilihan Raya
#Anwar Ibrahim
#Parlimen Bera
#Ismail Sabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan