KUALA LUMPUR: UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum mengambil tindakan untuk meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangannya Shahril Sufian Hamdan.
"Adakah dengan tarik diri sekarang adalah yang terbaik? Itu kena dibincangkan. Mungkin benda itu kita rasa terbaik untuk UMNO tapi ada kesannya kepada rakyat.
"Jadi UMNO kena juga memikirkan perkara itu dan saya yakin itu akan dipertimbangkan," katanya.
Ditemui pemberita selepas menjadi ahli panel pada Forum Demokrasi Malaysia: “Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia’, di sini hari ini, Shahril Sufian berkata tiada sebarang tempoh tertentu diberikan kepada mereka yang memegang jawatan untuk melepaskan jawatan mereka.
"Ogos itu antara satu tarikh yang disebut oleh seorang jurubahas (perwakilan) negeri dan logiknya kerana Ogos dijadualkan darurat tamat. Tapi hak atau pun keputusan Majlis Tertinggi (MT) dan presiden tidak terikat kepada satu tarikh sahaja. Boleh jadi Ogos boleh jadi bukan Ogos," katanya.
Susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN, Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet PN atau menyandang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada parti itu disaran meletak jawatan.
Sementara itu, pakar Perlembagaan Persekutuan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata peletakan jawatan menteri dan timbalan menteri UMNO daripada Kabinet kerajaan tidak akan menjejaskan komposisi Dewan Rakyat, tetapi ia mungkin memberi kesan besar kepada PN.
"Mereka hanya meletak jawatan yang disandang itu bukan meletakkan jawatan sebagai ahli dewan.
“Tetapi ia berkaitan. Sekiranya peletakkan jawatan itu juga menunjukkan mereka menarik balik sokongan atau kepercayaan kepada kerajaan maka ini akan memberikan kesan yang besar kepada komposisi kedudukan kerajaan itu sendiri," katanya kepada pemberita pada forum itu.
Shamrahayu, yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), berkata setiap parti politik harus kembali kepada tujuan perjuangan mereka.
"Sama ada PAS atau Bersatu atau PKR atau UMNO sekali pun rujuklah kepada apa yang telah mereka janjikan kepada penubuhan parti politik itu sendiri. Saya fikir itu adalah satu tindakan yang baik untuk menyatupadukan parti-parti politik ini bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu tetapi demi kepentingan kestabilan politik tanah air," katanya.
Justeru itu, beliau berkata semua parti perlu mengelakkan tindakan yang boleh membawa kepada situasi negatif kepada negara termasuk pelaburan asing dan kedudukan ekonomi rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021
SHAHRIL HAMDAN: "Adakah dengan tarik diri sekarang adalah yang terbaik? Itu kena dibincangkan". - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar
Bung Moktar Radin berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Ahmad Zahid yakin UMNO kembali jadi pilihan rakyat Kelantan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin parti itu akan kembali menjadi pilihan rakyat Kelantan pada masa hadapan.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
UMNO-BN Sabah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' - Bung Moktar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.