Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengesahkan bakal mempertahankan kerusi Parlimen Bagan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengumuman dibuat Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam satu majlis di George Town hari ini.



Pengumuman turut menyaksikan dua exco kerajaan negeri, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng dan Pengerusi Ja­watankuasa Pembangunan Pelan­co­ng­an dan Kebudayaan, Danny Law Heng Kiang serta dua Ahli Parlimen digugurkan dari senarai calon bertanding.

Mereka ialah penyandang bagi kerusi Bagan Jermal, Lim Hock Seng ,Batu Lancang, Law Heng Kiang, Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik.

DAP turut menampilkan lapan muka baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, Berapit, Jawi, Pulau Tikus, Pengkalan Kota, Batu Lancang, Seri Delima dan Air Itam.

Kon Yeow pula akan bertanding di kerusi Parlimen Tanjong dan Padang Kota, manakala penyandang kerusi Seri Delima, RSN Rayer akan bertanding di kerusi Parlimen Jelutong bagi menggantikan Penyandangnya, Jeff Ooi yang digugurkan dari senarai.