awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lulus pindaan perlembangan mampu elak perpecahan UMNO - Najib

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
30/07/2022
00:20 MYT
Lulus pindaan perlembangan mampu elak perpecahan UMNO - Najib
Datuk Seri Najib Razak ketika majlis makan malam amal bersama Bossku anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) di Pusat Konvensyen Casuarina Meru Raya. - Astro AWANI
IPOH: Kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap pindaan Perlembagaan UMNO berkenaan perkara pemilihan parti dilihat mampu menguatkan lagi hubungan dalam kalangan ahli dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan yang dibuat RoS itu juga mampu mengelakkan sebarang kerosakan mahupun perpecahan parti.
Katanya keputusan itu disifatkan sebagai prihatin terhadap kehendak ahli di peringkat akar umbi yang mahukan PRU diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO dijalankan.
"Ini menunjukkan bahawa RoS prihatin kepada tuntutan akar umbi kita. Dan akar umbi kita mahu supaya PRU diadakan lebih awal, dan lepas itu dalam tempoh masa enam bulan, kemudian baru diadakan pemilihan UMNO.
"Dengan keputusan ini bererti, bahawa apa yang kita khuatiri, iaitu perpecahan dan kerosakan dalaman parti, insyaAllah akan dapat kita elakkan, dan kita boleh beri tumpuan kepada persediaan PRU15.
"Kita juga boleh mengurangkan politiking sesama kita, kerana sekarang ini keutamaan kita, fokus kita, adalah untuk memenangi PRU yang akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam amal bersama Bossku anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) di Pusat Konvensyen Casuarina Meru Raya di Ipoh pada Jumaat.
Pada majlis berkenaan, sumbangan tunai sebanyak RM160,000 diserahkan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan anak-anak yatim di Perak.
Hasil sumbangan diperoleh daripada bidaan-bidaan ke atas barangan peribadi bekas Perdana Menteri itu antaranya jersi bola sepak serta enam bola golf.
Ahli Parlimen Pekan itu terdahulu diminta mengulas berkenaan laporan RoS yang bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU dilaksanakan.
Astro AWANI melaporkan pada Jumaat, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kelulusan itu berkuat kuasa pada 29 Julai 2022.
BACA: RoS lulus pindaan Perlembagaan UMNO
Dalam pada itu, Najib turut menzahirkan penghargaan terima kasih kepada RoS berhubung keputusan itu.
UMNO sebelum ini meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas PRU supaya memberi ruang kepada ahli untuk memfokus gerak kerja pilihan raya.
Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#ros
#UMNO
#Najib Razak
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan