awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Madius Tangau tidak pertahan jawatan Presiden UPKO, namakan Ewon Benedick sebagai pengganti

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
28/09/2022
09:19 MYT
Madius Tangau tidak pertahan jawatan Presiden UPKO, namakan Ewon Benedick sebagai pengganti
Madius (kanan) bergambar berasam Ewon selepas sidang media UPKO di Pejabat UPKO di Penampang.
PENAMPANG: Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada pemilihan parti akan datang.
Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran menamakan Naib presiden parti, Datuk Ewon Benedick sebagai penggantinya.
"Dengan ini, saya ingin umumkan bahawa Presiden UPKO yang baharu bakal diterajui oleh Naib Presiden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
"Saya yakin dan percaya kepimpinan baru yang bakal diterajui oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, akan memastikan UPKO terus fokus dan komited sebagai parti tempatan yang memperjuangkan hal ehwal politik dan kepentingan rakyat lebih-lebih lagi dalam menempuhi scenario politik negara yang mana keterlibatan lebih ramai pengundi baru dan muda melalui pendaftaran automatik undi-18," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, pimpinan tertinggi UPKO sebulat suara memberi kepercayaan kepada Madius untuk memegang jawatan Presiden Kehormat UPKO yang baharu.
Malah, pimpinan tertinggi UPKO juga bersetuju mengetengahkan barisan kepimpinan baharu dengan persepktif segar.
"Atas dasar tersebut, saya melihat bahawa UPKO perlu menyusun strategi baharu untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat dalam keadaan politik yang tidak menentu ini.
"Untuk itu, UPKO akan mengetengahkan barisan kepimpinan baharu dengan perspektif segar, dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip asas perjuangan parti.
"Keputusan ini telah dipersetujui dan mencapai kata sepakat untuk dilaksana setelah menilai tahap kesediaan pemimpin baru yang dipilih untuk menggalas tanggungjawab menerajui UPKO," katanya.
Sementara itu, Madius memaklumkan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Topic Berkaitan
#UPKO
#Madius Tangau
#jawatan presiden UPKO
#kepimpinan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan