Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyuarakan kekecewaannya selepas bahan-bahan kempen seperti poster dan bendera untuk calon-calon Barisan Nasional (BN) di sekitar pekan ini sengaja dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau yang juga calon di kerusi parlimen itu berkata, ianya merupakan satu perkembangan politik yang tidak sihat dan menyifatkannya sebagai politik ala samseng.
“Saya rasa begitu kecewa apabila tengok (bahan berkempen) gambar-gambar calon dan poster kita telah dirosakkan di beberapa kawasan, bagi saya ini adalah budaya tidak sihat dan budaya samseng.
“Saya tidak tahu kenapa bendera dicabut, muka calon (dalam poster) dirosakkan, kita tak mahu ini, kita mahu satu pilihan raya yang berjalan lancar supaya rakyat boleh buat keputusan sebagai satu negara demokrasi,” katanya pada satu sidang media selepas melancarkan manifesto BN Teluk Intan, di sini pada Selasa.
Tambah beliau, perkara itu tidak pernah terjadi di parlimen berkenaan pada pilihan raya sebelum ini dan ia adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh.
“Rakyat berhak membuat keputusan dengan tenteram, dengan rasa selamat.. kita tidak mahu budaya mengancam begini.
“Kita mendapat banyak aduan dari pusat daerah mengundi kami, sebelum ini kita tak mempunyai masalah seperti ini, kita semua (termasuk pihak pembangkang) berkempen secara sihat,” ujarnya.
Tambah Siew Keong, tindakan vandalisme terhadap bahan-bahan berkempen itu disedarinya sendiri ketika melakukan program walkabout di sekitar kawasan berkenaan pagi tadi.
Dalam sidang media itu, Siew Keong telah melancarkan manifesto BN Teluk Intan yang mengariskan lapan teras utama iaitu transformasi ekonomi Teluk Intan, kualiti hidup, pendidikan, keselamatan, pelancongan, masalah banjir dan rumah mampu milik.
Beliau yang merupakan penyandang kerusi tersebut berkata, manifesto itu dirangka berdasarkan kajian teliti serta bancian yang dibuat dalam kalangan penduduk Teluk Intan mengenai keperluan mereka.
Pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang diadakan pada 31 Mei 2014 setelah kematian penyandangnya Seah Leong Peng (DAP), Siew Keong telah menewaskan Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi. Pada PRU13, mendiang Seah menang dengan majoriti 7,313 undi mengalahkan calon BN.
Pada pilihan raya umum kali ini, beliau akan berdepan Nga Kor Ming dari DAP dan calon Pas Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.
Teluk Intan mempunyai 66,487 pengundi dengan pecahan 40.67 peratus kaum Melayu, 40.09 peratus kaum Cina, 18.64 peratus kaum India dan selebihnya adalah Orang Asli, Bumiputra Sabah serta Sarawak.
Shafiq Noordin
Tue May 01 2018
Tindakan itu merupakan satu perkembangan politik yang tidak sihat dan menyifatkannya sebagai politik ala samseng.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).