awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahdzir Khalid kalah di Pedu

Bernama
Bernama
12/08/2023
15:26 MYT
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Mahdzir kalah kepada calon PN dari Pas yang juga penyandang kerusi DUN itu Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA NERANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
Beliau kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas yang juga penyandang kerusi DUN itu Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi.
Keputusan rasmi yang diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pedu Iman Hazwan Abd Halim di pusat penjumlahan undi di Dewan Badlishah, Kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kuala Nerang, malam ini menyaksikan Mahdzir memperoleh 8,024 undi manakala Mohd Radzi mendapat 14,397 undi.
Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah pernah menyandang kerusi DUN Pedu selama dua penggal antara 2004 hingga 2013.
Mahdzir sebelum ini juga gagal mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu selepas tewas kepada calon PN dalam saingan tiga penjuru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Mahdzir Khalid
#pilihan raya negeri
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan