awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahfuz akan jawab bila terima surat lantikan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
21/06/2015
07:32 MYT
Mahfuz akan jawab bila terima surat lantikan
Mahfuz menjelaskan beliau memberi jawapan secara bersurat dan menegaskan belum menerima surat lantikan itu. - Foto Fail
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan memberi jawapan sama ada menerima atau menolak lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Mahfuz menjelaskan beliau akan memberikan jawapan secara bersurat dan menegaskan belum menerima surat lantikan itu.
"Saya akan jawab secara bersurat terima atau tidak selepas dapat surat tawaran pelantikan.
"Saya tak terima (surat) pun," katanya.
BACA: Tiga calon kumpulan progresif dilantik AJK PAS Pusat
Sementara itu, sumber dalaman PAS menyebut bahawa tiga calon daripada kumpulan progresif akan menolak lantikan ke jawatan itu.
"InsyaAllah mereka akan tolak (lantikan)," kata sumber tersebut.
Mahfuz bersama Salahudin Ayub dan Mohd Taufek Abdul Ghani merupakan tiga calon daripada kumpulan progresif yang dilantik sebagai AJK PAS Pusat.
Pengumuman pelantikan mereka dibuat oleh timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Pokok Sena
#Mahfuz Omar
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan