awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Syura Ulamak PAS kurang fakta mengenai Khalid, kata Anwar

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2014
12:55 MYT
Majlis Syura Ulamak PAS kurang fakta mengenai Khalid, kata Anwar
ANWAR: Majlis Syura Ulamak PAS kurang fakta mengenai Abdul Khalid
Kurangnya fakta mengenai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan Majlis Syura Ulamak PAS mahu mengekalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sebagai Menteri Besar Selangor, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The Malaysian Insider melaporkan, Anwar dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR petang tadi berkata beliau menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid.
"Saya fikir ada isu yang kita perlu perjelaskan kepada mereka (Majlis Syura) yang mereka tidak ketahui sebelum ini.
"Khalid bukan saja seorang pemimpin PKR dan menteri besar tetapi juga seorang rakan. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini luar daripada etika," Anwar dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.
Ketika mengulas keengganan Abdul Khalid melepaskan jawatan sama seperi yang dilakukan beliau pada 1998, Anwar berkata startegi 'Langkah Kajang' dibincangkan sejak 15 Januari lalu dan ia bukan perkara baru.
Anwar berkata, Abdul Khalid merupakan Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Kajang biarpun tidak memberi sokongan kepada startegi yang diaturkan oleh PKR.
"Banyak pertemuan di antara pemimpin PR dan Khalid. Saya tidak rasa sesuai menyamakan peralihan 1998 dengan isu yang dibangkitkan sekarang.
"Saya dapat menjelaskan proses peralihan MB melalui pelbagai mesyuarat, rundingan dan nasihat sejak enam bukan lalu," katanya.
Katanya isu MB Selangor akan dibincangkan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam satu mesyuarat yang dijadualkan esok, namun tidak pasti sama ada satu keputusan akan diberikan kepada Khalid.
Anwar turut menolak dakwaan laporan yang mengatakan Adun Selangor dari PKR diminta menandatangani Akuan Bersumpah hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berkata ia sekadar cadangan dan akan dipertimbangkan oleh PKR jika bersesuaian.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Khalid Ibrahim
#MB Selangor
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan