awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makkal Sakti nafi komponen BN berpecah, berpuak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/06/2016
08:47 MYT
Makkal Sakti nafi komponen BN berpecah, berpuak
Thanenthiran (tengah) berkata, perbezaan pandangan dan fahaman boleh terjadi, tapi itu tidak timbul pada pilihan raya. - Foto Astro AWANI/HARITS ASYRAF HASNAN
Tidak wujud masalah perpecahan dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R. S. Thanenthiran berkata semua komponen BN sentiasa bersatu padu dalam berdepan pilihan raya.
"Jadi semua komponen BN telah bersepakat dan bersatu padu. Kami telah ketepikan perbezaan yang wujud. Apabila pilihan raya, kami menjadi satu.
"Kami boleh mempunyai perbezaan pandangan dan fahaman, tapi itu tidak timbul pada pilihan raya. Itu yang penting," katanya kepada media di sini pada Ahad.
Thanenthiran pada masa sama menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan wujud ketidaksefahaman dalam BN pada PRK kali ini.
"Walaupun sesetengah pihak dakwa MIC berpecah, IPF berpecah dan semua perkara ini kadang kala timbul, tapi bila pilihan raya kita ketepikan semua itu.
"Seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebut, kemenangan BN jadi keutamaan, itu nombor satu. Jadi kami tidak ada masalah langsung. Sentiasa bekerjasama untuk kemenangan BN," katanya.
Justeru, beliau berharap semua jentera BN menguatkan tekad bagi memastikan bukan sahaja calon BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar menang, malah meningkatkan majoriti berbanding pilihan raya sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#berita politik
#BN
#Makkal Sakti
#parti komponen
#PRK
#R. S. Thanenthiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan