SINGAPURA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu pemberita di Singapura, Malaysia perlu menimbang tiga faktor utama sebelum melaksanakan pilihan raya umum, sambil menegaskan tarikh pembubaran Parlimen, terletak sepenuhnya pada budi bicara perdana menteri.
Tiga faktor yang digariskannya adalah, kesediaan negara berhubung kesihatan umum, momentum pemulihan ekonomi serta pertimbangan politik.
Khairy yang berada di Singapura selama empat hari sejak 31 Mei 2022 menerusi program pertukaran Felow Lee Kwan Yew berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu bahawa beliau tidak akan melengahkan, walau sedetik, pembubaran Parlimen sebaik saja Barisan Nasional (BN) sudah benar-benar bersedia.
"Kita perlu meneliti varian baharu...untuk mengetahui gelombang jangkitan. Buat masa ini keadaan okey tetapi saya yakin bahawa ia boleh dikawal," katanya ketika menjelaskan mengenai faktor kesihatan.
Mengenai pemulihan ekonomi, beliau berkata, Malaysia agak bernasib baik kerana ia adalah negara pengeluar meskipun ketika ini berdepan dengan beberapa tekanan inflasi.
"Kami mempunyai minyak sawit... kami mempunyai beberapa enjin pertumbuhan yang dapat memacu ekonomi.. jadi kami mahu memastikan momentum ekonomi itu," kata Khairy.
Berhubung faktor pertimbangan politik, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, BN sendiri seharusnya bersedia untuk menghadapi pilihan raya.
"Kami mahu memastikan BN sudah sedia. Bukan setakat negara sudah sedia kerana perlu ada persekitaran yang kondusif untuk berdepan pilihan raya," katanya sambil menambah, dalam keadaan itu kita perlu melihat keseluruhan konteks pemulihan ketika membuat persiapan menghadapi pilihan raya.
Ditanya mengenai bila pilihan raya boleh diadakan, Khairy mengulangi pendiriannya bahawa apa yang penting adalah pemulihan dalam ekonomi serta kesihatan umum.
"Perlu ada momentum. Kita baru saja melihat permulaan pemulihan. Dan keduanya, adakah benar-benar ada keperluan besar untuk mengadakan pilihan raya segera. Saya tidak fikir begitu. Tapi sudah pasti ramai yang menyatakan mengenai kestabilan politik. Kemenangan mutlak. Ya, tapi apa bezanya antara pilihan raya pada tahun ini atau tahun depan?.
Khairy turut menghantar mesej tegas kepada mereka yang menyatakan 'mari kita adakan pilihan raya sekarang.'
"Saya tidak fikir mereka yang mahukan pilihan raya adalah orang yang memikirkan aspek membuat persiapan jentera pilihan raya dan sumber ... dengan orang yang betul... dengan barisan calon yang betul untuk bertanding dalam pilihan raya.
"Ini bukan pilihan raya negeri. Ini pilihan raya umum. Ia perkara serius dan saya fikir PM (perdana menteri) arif bahawa kita perlu masa untuk mempersiapkan diri kita demi negara serta parti.
"Mesej saya kepada rakyat yang juga pemimpin parti kita, yang menyatakan kita perlu mengadakan pilihan raya sekarang iaitu kami hormati pandangan anda...membubarkan parlimen adalah budi bicara perdana menteri...," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Khairy berkata, Malaysia agak bernasib baik kerana ia adalah negara pengeluar meskipun ketika ini berdepan dengan beberapa tekanan inflasi. - Gambar/ Bernama
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.