awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mas Ermieyati Pengerusi PAC baharu, Wong Shu Qi Naib Pengerusi

Bernama
Bernama
04/04/2023
05:25 MYT
Mas Ermieyati Pengerusi PAC baharu, Wong Shu Qi Naib Pengerusi
Mas Ermieyati (kiri) dipilih bagi menggantikan Wong Kah Woh (PH-Taiping), yang sebelum ini Ahli Parlimen Ipoh Timur.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan pelantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) sebagai Pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Wong Shu Qi (PH-Kluang) sebagai Naib Pengerusi.
Usul itu dikemukakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pagi persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
"Bahawa Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Yang Berhormat Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang masing-masing dipilih sebagai Pengerusi dan Naib Pengerusi PAC bagi Majlis Parlimen ke-15," usul Anwar.
Pelantikan itu kemudiannya diluluskan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul selepas lebih suara bersetuju.
Mas Ermieyati dipilih bagi menggantikan Wong Kah Woh (PH-Taiping), yang sebelum ini Ahli Parlimen Ipoh Timur ketika memegang jawatan Pengerusi PAC dari Ogos 2020 hingga Oktober 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati Samsudin
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Pengerusi PAC
#Wong Shu Qi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan