awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
Kerajaan Negeri Selangor tidak kompromi usaha promosi budaya songsang
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mastura Yazid, isteri Wan Khair-il dipilih calon BN PRK Kuala Kangsar

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
28/05/2016
09:03 MYT
Mastura Yazid, isteri Wan Khair-il dipilih calon BN PRK Kuala Kangsar
Mastura merupakan graduan jurusan undang-undang daripada universiti terkemuka perundangan dunia, Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai peguam selama enam tahun. - Gambar fail
Barisan Nasional (BN) mengumumkan Datin Mastura Yazid, isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di hadapan ribuan penyokong BN di Safari Resort, di sini hari ini.
Mastura merupakan graduan jurusan undang-undang daripada universiti terkemuka perundangan dunia, Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai peguam selama enam tahun.
Ibu kepada empat orang anak itu juga juga pernah bergiat dalam dunia politik dan menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan berehat dan menumpukan kepada keluarganya.
Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi namun ramai mengetahui Mastura merupakan penasihat serta peneman setia Wan Khair-il Anuar dalam menggerakkan kerjanya sebagai wakil rakyat di Bukti Chandan dan seterusnya mewakili Parlimen Kuala Kangsar.
Malah, ramai turut mengakui Mastura merupakan seorang yang berani mengeluarkan pendapat dan lantang bersuara untuk sebarang perihal melibatkan kebajikan penduduk di sekitar Kuala Kangsar.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan penyandangnya Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK dijalankan serentak pada 18 Jun nanti.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon PRK Kuala Kangsar
#Mastura Yazid
#UMNO
#Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan