KUALA LUMPUR:Tindakan Dr Maszlee Malik yang dikatakan memberi sokongan kepada ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dibuat di luar pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber yang rapat dengan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberitahu Astro AWANI, jika benar, tindakan ahli Parlimen Simpang Renggam itu sangat mengejutkan.
Ini kerana Anwar ketika sidang media pada 23 September lepas memaklumkan ahli Parlimen yang mewakili Pejuang tidak ada dalam senarainya.
Sumber itu juga memberitahu, Pejabat Dr Mahathir berusaha menghubungi Maszlee untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu, namun bekas Menteri Pendidikan berkenaan gagal dihubungi.
“Sehingga kini, Maszlee masih gagal dihubungi oleh pejabat Tun Mahathir untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Satu surat didakwa akuan bersumpah (SD) Maszlee memberi sokongan kepada Anwar tular di media sosial lewat petang Sabtu.
Menerusi surat itu Mazlee didakwa menyatakan beliau ikhlas memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.
BACA: Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular
BACA: Maszlee Malik didakwa sokong Anwar - Laporan
Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan Maszlee berhubung perkara berkenaan juga masih belum berhasil.
Maszlee dan pegawainya juga tidak membuat sebarang kenyataan menafikan atau mengesahkan perkara berkenaan.
Astro Awani
Sat Oct 17 2020

Jika benar menyokong Anwar, tindakan ahli Parlimen Simpang Renggam itu sangat mengejutkan. -Gambar fail

AWANI Ringkas: MITI: Perlu lihat cadangan lain | Paip di Sabah dari zaman perang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

COVID-19: Korban seluruh dunia cecah 2.13 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.

COVID-19: Kes positif global hampir lepasi 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.

Pakej PERMAI beri impak fiskal minimum kepada negara - MoF
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dijangka memberikan impak fiskal minimum kepada negara.

COVID-19: Thailand rekod 914 kes baharu susulan saringan besar-besaran
Thailand merekodkan 914 kes baharu COVID-19 susulan pelaksanaan ujian besar-besaran yang dijalankan di Samut Sakhon.

Inisiatif pelupusan pinjaman: Peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta semak status masing-masing
Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tersebut akan memberi manfaat kepada 762 peminjam dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.17 juta.

CAAM umum arahan dron baharu bulan depan
CAAM akan berusaha mengeluarkan arahan baharu bagi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron pada bulan depan.

Maxis tingkatkan usaha selain kesalinghubungan untuk komuniti terjejas banjir
Usaha mitigasi rangkaian dilaksanakan bagi mengurangkan gangguan kesalinghubungan seperti meningkatkan platform peralatan dan pengunaan genset.

95 hospital swasta setuju bantu rawat pesakit COVID-19 - Dr Noor Hisham
95 buah hospital swasta bersetuju untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit COVID.

Air Selangor peruntuk RM293 juta turunkan kadar air tidak berhasil
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperuntukkan RM293 juta tahun ini berbanding RM255 juta pada 2020 untuk mencapai penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) pada tahun ini.

PdPR: Saya cuba adaptasi walaupun mulanya rasa janggal dan kelakar - Sir Uzairi
Sir Uzairi mengatasi cabaran PdPR dengan mengadaptasi norma baharu dan membuang rasa takut untuk mencuba sesuatu yang berbeza.

Maszlee lancar kempen #SimpangMembaca
Sejumlah 3,000 beg dan bahan-bahan seperti buku cerita, buku mewarna dan pensel warna telah siap disusun dan sedia untuk diedarkan ke seluruh Simpang Renggam.

Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

Platform pembelajaran Sophia.my diperkenal bagi teroka silibus yang tertinggal
Sebuah platform pembelajaran portal percuma, Sophia.my telah diperkenalkan yang mengandungi lebih 13,000 pengisian pendidikan untuk manfaat semua pihak terutama murid, guru dan ibu bapa.

Kembalikan Akta Antiberita Tidak Benar tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Cadangan untuk mengembalikan semula Akta Antiberita Tidak Benar yang telah dimansuhkan sebelum ini, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pejuang ambil maklum pengunduran Maszlee
Pejuang mengambil maklum berhubung pengunduran Dr Maszlee Malik sebagai ahli jawatankuasa parti.

Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Belanjawan 2021: Pejuang mahu teliti dahulu sebelum beri sokongan
Gesaan itu dibuat empat Ahli Parlimen Bebas yang bernaung di bawah Pejuang, namun nama Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) tidak tersenarai dalam kenyataan itu.

Maszlee sokong Anwar di luar pengetahuan Tun M
Tindakan Dr Maszlee itu sangat mengejutkan kerana Anwar ketika sidang media pada 23 September lepas memaklumkan ahli Parlimen yang mewakili Pejuang tidak ada dalam senarainya.