awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA belum bersedia terima ahli bukan Cina

Tan Su Lin
Tan Su Lin
12/11/2016
07:39 MYT
MCA belum bersedia terima ahli bukan Cina
Secara prinsip asas perlembagaan parti berkenaan, hanya rakyat Malaysia berketurunan Cina boleh diterima sebagai anggota parti. - Gambar fail
MCA belum bersedia menerima bukan Cina sebagai anggota gabungan parti berkenaan buat masa ini.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan, cadangan itu memerlukan perbincangan lebih mendalam terlebih dahulu kerana berhubung kait dengan aspek perlembagaan parti.
Ujarnya, ini kerana secara prinsip asas perlembagaan parti berkenaan, hanya rakyat Malaysia berketurunan Cina boleh diterima sebagai anggota parti.
"Dalam perlembagaan parti, sudah ditetapkan bahawa untuk menjadi seorang ahli MCA, sebab nama pun 'Malaysian Chinese Association' dia mesti berketurunan Cina. Jadi kalau nak membawa orang bukan Cina ke dalam parti, bermakna kena ubah perlembagaan itu dan untuk mengubah perlembagaan pula, biasanya memerlukan persetujuan lebih dua per tiga perwakilan."
BACA: Pemuda MCA mahu buka keahlian kepada masyarakat bukan Cina
"Pada saya, ini adalah satu perubahan yang menyeluruh sehingga nama parti pun kena tukar. Ini adalah satu perkara besar, tambah lagi ramai ahli yang menubuhkan parti ini masih lagi hidup. Saya rasa kita perlu konsultasi yang lebih serius dan mendalam sebelum kita mencapai satu keputusan yang begitu besar sebegini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung MCA Sayap Wanita di Wisma MCA, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan sayap Pemuda MCA supaya parti berkenaan menerima bukan Cina sebagai anggota gabungan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan mengadakan kelab gabungan seperti dilaksanakan parti lain termasuk PAS.
"Buat masa sekarang ini kita mungkin boleh menubuhkan kelab menyokong MCA macam kelab penyokong parti-parti yang lain. Mereka tidak perlu menjadi ahli MCA dan mereka boleh aktif dalam kelab tersebut. Kita boleh menganjurkan aktiviti di mana ahli kita berinteraksi dengan penyokong-penyokong kita. Mungkin kita boleh mempertimbangkan dari situ," katanya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon mencadangkan agar membuka keahlian gabungan kepada masyarakat bukan Cina selepas menyedari parti tersebut berdepan dengan masa depan yang tidak pasti berhubung kehilangan sokongan pengundi Cina.
Usul itu dijangka diutarakan semasa Perhimpunan Agung MCA agar perlembagaan parti dapat digubah bagi membolehkan cadangan itu diterima
Topic Berkaitan
#Chong Sin Woon
#MCA
#Ong Ka Chuan
#Perhimpunan Agung MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan