awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Meta bakal perkenal pelan berbayar Facebook, Instagram, WhatsApp; akses kepada fungsi eksklusif
Prestasi perdagangan negara, kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Operasi menyelamat diteruskan selepas feri Filipina karam, 18 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA kekal bersama BN, hubungan dua parti masih baik - Johari

Bernama
Bernama
08/12/2025
07:15 MYT
MCA kekal bersama BN, hubungan dua parti masih baik - Johari
Johari menekankan bahawa setiap parti mempunyai agenda tersendiri dan keputusan diambil berdasarkan pertimbangan dalaman masing-masing. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata MCA masih kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan menegaskan hubungan kedua-dua parti berada dalam keadaan baik.

Ringkasan AI
  • Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menyatakan bahawa MCA masih kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan hubungan di antara kedua-dua parti tersebut berada dalam keadaan baik.
  • Johari menekankan bahawa setiap parti mempunyai agenda tersendiri dan keputusan diambil berdasarkan pertimbangan dalaman masing-masing.
  • MCA telah menyatakan sedia untuk menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya UMNO bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Johari, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, menjelaskan setiap parti mempunyai agenda tersendiri dan sebarang keputusan bergantung kepada pertimbangan dalaman masing-masing.
"Setakat hari ini, saya nampak MCA masih kekal bersama BN. Kita perlu menerima hakikat bahawa sukar bagi mana-mana negara memiliki parti politik yang berkuasa penuh. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah menyesuaikan diri.
"Namun, hubungan BN dan MCA sangat rapat, lebih daripada 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah.
Sebelum ini, MCA menegaskan kesediaannya menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya UMNO bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#MCA
#Barisan Nasional
#tinggalkan BN
#JOHARI ABDUL GHANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan