MCA menafikan parti itu memainkan sentimen perkauman dalam jelajah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong sebaliknya menegaskan fokus mereka lebih kepada memperjuangkan isu rakyat setempat.
Calon MCA bagi PKR itu, Tan Chee Teong berkata dakwaan yang dilemparkan DAP terhadap MCA adalah tidak berasas sama sekali kerana isu sentimen seperti itu langsung tidak timbul mahupun disuarakan oleh rakyat kepadanya ketika ditemui sepanjang 17 hari berkempen.
"Saya perlukan sokongan semua kaum, jadi macam mana isu (sentimen kaum) boleh timbul? Kempen saya kepada semua kaum di Balakong adalah sama saja," katanya kepada pemberita semasa meninjau masalah penduduk di Taman Sri Kota, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam menyatakan Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong mendakwa MCA dan UMNO dilihat masih tidak memahami kehendak rakyat Malaysia baharu diperkenalkan Pakatan Harapan (PH) apabila memainkan sentimen kaum dalam kempen pilihan raya mereka.
Mengulas lanjut, Tan menegaskan kempennya bukan sekadar meraih undi semata-mata tetapi turut mendengar sekecil-kecil masalah yang disuarakan rakyat dan jika diberi mandat sebagai wakil rakyat baharu Balakong, setiap isu yang diadukan kepadanya akan dibawa ke dalam persidangan DUN untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, dalam tinjauan Tan di Taman Sri Kota, kira-kira 100 penduduk mengadu kepadanya mengenai bantahan pembinaan laluan keluar masuk pembangunan di atas tapak taman permainan menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke lokasi lain.
Beliau berkata walaupun suara rakyat di situ dilihat kecil, namun pihaknya komited untuk membantu menyelesaikan isu berkenaan jika diberi mandat kelak.
Tan akan berhadapan calon PH Wong Siew Ki dalam PRK itu pada Sabtu ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018
CHEE TEONG: Saya perlukan sokongan semua kaum, jadi macam mana isu (sentimen kaum) boleh timbul?
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
MCA nafi main sentimen kaum dalam kempen PRK
Tan Chee Teong berkata dakwaan yang dilemparkan DAP terhadap MCA adalah tidak berasas sama sekali kerana isu sentimen seperti itu langsung tidak timbul.
PRK Balakong: Antara balak, kongsi dan pajakan tanah yang sampai ke penghujung
Sejak negara mencapai kemerdekaan, kawasan ini boleh dikatakan berubah hampir sepenuhnya, dengan menawarkan pelbagai jenis pekerjaan dan industri baharu yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng
MCA tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.
Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar
Usaha menghapuskan tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.
PRK Balakong: MCA diminta jangan 'salin dan tumpang' manifesto PH
Ini terutamanya dalam isu menaik taraf kemudahan infrastruktur di sekitar kawasan itu.
MCA lancar 'Deklarasi Balakong' untuk reformasi hala tuju parti
Deklarasi berkenaan dimulakan pada Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, 8 Sept ini bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada parti tersebut.
PRK Balakong dan Seri Setia: Logo baru, satu lawan satu dan kerjasama Pas-UMNO
Keputusan kedua-dua PRK itu tidak akan mengubah kerajaan yang memerintah di negeri paling maju itu kerana majoriti besar yang dimiliki PH.
Tempoh 21 hari kempen PRK peluang dekati rakyat
Wong Siew Ki berkata meskipun PH masih baharu dalam kerajaan, namun beliau yakin rakyat bijak membuat keputusan terbaik menerusi PRK ini terhadap pentadbiran kerajaan.
Bertanding atas tiket MCA hanya akan pecah belah rakyat - Lim Guan Eng
Beliau berkata parti berkenaan hanya mewakili satu kaum sahaja, berbanding Pakatan Harapan (PH) yang mewakili semua kaum.
DUN Balakong saksi pertandingan satu lawan satu
Calon PH adalah dari parti DAP, iaitu ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Wong Siew Ki, sementara mewakili MCA adalah ahli perniagaan Tan Chee Teong.