awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengapa Pas jadikan DAP 'punching bag'? - Anthony Loke

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2023
09:30 MYT
Mengapa Pas jadikan DAP 'punching bag'? - Anthony Loke
Anthony berkata, isu pokok yang tidak dapat dipersetujui oleh DAP ialah pelaksanaan hukum hudud. - Gambar fail
SHAH ALAM : DAP mempersoalkan tindakan Pas yang sentiasa melabel parti itu sebagai musuh Islam dan menjadikan mereka ‘punching bag’ dalam percaturan politik.
Ia sebagai respons Setiausaha Agungnya, Anthony Loke terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Johor pada Sabtu yang didakwa memfitnah kononnya pimpinan DAP meminta mereka untuk membuang Islam daripada perjuangannya sebagai syarat meneruskan kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan sebelum ini.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut. DAP tidak pernah meminta Pas membuang Islam sepanjang kerjasama antara kedua-dua parti sama ada semasa dalam Barisan Alternatif (1999-2002) mahupun Pakatan Rakyat (2008-2015).
“DAP konsisten dalam pendirian sepanjang kerjasama politik dengan Pas bahawa kami fokus dalam isu-isu yang dipersetujui bersama tetapi mengambil pendekatan bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) dalam isu yang tidak dapat mencapai konsensus,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Jelas beliau, isu pokok yang tidak dapat dipersetujui oleh DAP ialah pelaksanaan hukum hudud dan pihaknya konsisten kerana ia tidak berlandaskan kepada sistem undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Anthony turut mengingatkan Pas bahawa selain DAP, individu paling lantang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud ialah Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat.
“Pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud tidak bermakna melawan agama Islam.
“Dr Mahathir tidak pernah setuju dengan pelaksanaan hudud. Begitu juga parti-parti yang disebut oleh Abdul Hadi seperti MCA, MIC dan Gerakan,” jelasnya lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#DAP
#punching bag
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan