PEMBUBARAN Parlimen pada Isnin membuka ruang kepada pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam usaha mengembalikan semula mandat kepada rakyat memilih pemimpin yang diyakini mereka.
Berbeza dengan beberapa PRU yang telah diadakan, PRU15 mengetengahkan beberapa perkara baharu yang mungkin tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Berikut fakta menarik tentang PRU15:
PARTI & GABUNGAN BAHARU
Buat kali pertama, empat parti baharu akan bertanding dalam PRU15, sekali gus menghangatkan suasana politik tanah air negara.
Parti dan gabungan itu terdiri daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Gerakan Tanah Air (GTA) yang merupakan gabungan beberapa parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), dan golongan profesional.
[INFOGRAFIK] PRU15 | Parti-parti politik bertanding di Semenanjung, Sarawak, Sabah
Keempat-empat parti dan gabungan ini bakal mempertaruhkan pengalaman dan tawaran pembaharuan politik baharu sekali gus membawa reformasi arena politik negara.
UNDI 18
Pemilih berdaftar terkini yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan Mei 2022 pada 16 Jun lalu, berjumlah 21,113,234 orang.
Daripada jumlah itu, seramai 1,141,749 orang iaitu 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 tahun hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang atau 94.6 peratus ialah pemilih berumur 21 tahun dan ke atas.
Penguatkuasaan had umur pemilih daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun pada 15 Disember 2021 menyaksikan pertambahan ketara pemilih seramai 5.8 juta orang yang mana 1.2 juta adalah terdiri daripada golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun.
Jumlah pengundi berdaftar dijangka meningkat kepada 22.7 juta menjelang 2023, menyaksikan peningkatan hampir 50 peratus berbanding 14.9 juta yang direkodkan menerusi daftar pemilih Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.
WAKTU MENGUNDI DIPANJANGKAN
Tempoh masa pengundian pada PRU15 akan dipanjangkan selama satu jam bagi Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Bagi Semenanjung, waktu mengundi bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak.
Pemanjangan tempoh masa berkenaan, berbanding jam 8 pagi hingga 5 petang pada PRU14, dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk mengundi.
AKTA ANTILOMPAT PARTI
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah berkuat kuasa 5 Ogos lalu.
Dengan pelaksanaan akta itu, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti pada atau selepas tarikh terbabit, akan hilang kelayakannya.
Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September lalu.
Akta itu sebelum ini diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada 28 Julai lalu dengan sokongan majoriti seramai 209 Ahli Dewan Rakyat dan sokongan majoriti seramai 52 senator di Dewan Negara pada 9 Ogos.
PEMBUBARAN DUN DAN PARLIMEN
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kali ini dilihat menarik dengan banyak negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan PAS tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing atas faktor memasuki musim peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dikhuatiri mengundang bencana banjir.
[INFOGRAFIK] Pecahan 222 kerusi Parlimen dalam PRU-15
Walaupun ini bukan perkara baharu apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung tanpa diiringi Pilihan Raya Umum (PRU), namun ia membawa kepada persoalan berkaitan penggunaan sumber, risiko banjir, kos pilihan raya dan sebagainya.
Pakatan Harapan menegaskan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor tidak akan dibubarkan, sementara Pas juga setakat ini dilihat mengambil pendirian sama terhadap Kedah, Terengganu dan Kelantan yang diperintah parti tersebut.
Hanya negeri-negeri di bawah pemerintahan BN seperti Pahang, Perlis dan Perak yang dilihat akan membubarkan DUN masing-masing untuk diselarikan dengan tarikh PRU15.
PEMBENTANGAN SEMULA RUU
Sekurang-kurangnya tujuh rang undang-undang (RUU) termasuk RUU Perbekalan 2023 atau lebih dikenali Bajet 2023 perlu dibentangkan semula oleh kerajaan baharu yang dibentuk kelak.
Selain Bajet 2023, enam lagi membabitkan RUU yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat pada sesi minggu lalu namun belum dibawa ke Dewan Negara perlu dibentang semula di bawah pentadbiran kerajaan baharu.
Ia membabitkan RUU Kualiti Alam Sekeliling, RUU Kesatuan Sekerja, RUU Tenaga Boleh Baharu, RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, RUU Kanun Keseksaan, dan RUU Kanun Tatacara Jenayah.
PARTI POLITIK BENTUK KERJASAMA SELEPAS PRU15
Umum mengetahui, kesepakatan untuk membentuk gabungan bagi memasuki gelanggang pilihan raya secara tradisinya di Malaysia dibentuk sebelum pembubaran Parlimen atau PRU itu berlangsung.
[INFOGRAFIK] Kerusi Dewan Rakyat
[INFOGRAFIK] Komposisi Terakhir Dewan Rakyat
Namun kini ketidakpastian memuncak susulan ramai pemerhati politik berpendapat sukar untuk sesebuah parti tunggal atau gabungan mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.
Justeru, kesepakatan atau kerjasama dilihat akan lebih relevan sekiranya ia dilaksanakan selepas PRU15 melihat kepada jumlah kerusi yang dimenangi gabungan atau parti masing-masing bagi mencapai angka 112 kerusi Parlimen.
PRU DAN BANJIR
Bukan lagi rahsia bahawa PRU kali ini diadakan ketika mana negara memasuki fasa peralihan Monsun Timur Laut yang mengundang risiko bencana banjir.
Perkara itu telah dikeluarkan amaran awal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkenaan ribut petir, angin kencang yang membawa kepada kenaikan air di sungai-sungai utama negara juga kesan daripada fenomena La Nina.
Justeru, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tanggungjawab berat dan sukar dalam menentukan tarikh PRU bagi memastikan impak risiko banjir ketika proses pengundian dapat diminimumkan, sekali gus memastikan peratusan mengundi kekal tinggi seperti PRU14 lalu, dan menjamin proses demokrasi sihat dalam negara.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
PRU15 | Pengundi di Terengganu sedia tunai tanggungjawab
Afiezy Azaman
Tue Oct 11 2022
Pembubaran Parlimen membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan. -Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, penamaan calon 27 April
Hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
Himpunan #Reformasi100peratus bukan demonstrasi besar - Pengerusi Bersih
Perhimpunan #Reformasi100peratus yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 27 Februari akan datang bukan suatu demonstrasi besar-besaran.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Pusat undi PRK Kemaman dibuka
Kesemua 49 pusat mengundi dengan 244 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, dibuka 8 pagi ini.
PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kemaman dibuka 9 pagi ini
Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam, sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK.