awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat MKT UMNO malam ini rutin sebelum PAU2022 - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
12/01/2023
15:26 MYT
Mesyuarat MKT UMNO malam ini rutin sebelum PAU2022 - Ahmad Zahid
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini adalah mesyuarat rutin sebelum persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan berlangsung esok, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini adalah mesyuarat rutin sebelum persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan berlangsung esok, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ia mesyuarat untuk mendengar laporan daripada Pengerusi Tetap untuk persiapan Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun.
"Pengerusi Tetap telah membuat laporan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia di sini malam ini.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu juga mendengar laporan daripada wakil-wakil Majlis Tertinggi ke persidangan sayap-sayap yang berlangsung siang tadi.
Ditanya adakah mesyuarat itu membincangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Ahmad Zahid berkata ia akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang.
Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis 2022 telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Jan tahun ini.
Hari ini telah berlangsungnya persidangan ketiga-tiga sayap melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri, manakala esok Ahmad Zahid dijadualkan menyampaikan Ucapan Dasar Presiden UMNO di perhimpunan itu yang akan berakhir Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat MKT UMNO
#Majlis Kerja Tertinggi UMNO
#PAU2022
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan