awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Mesyuarat UMNO malam ini tidak libatkan 'Top 5', hanya bincang manifesto PRU15" - Khaled

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
06/10/2022
12:21 MYT
"Mesyuarat UMNO malam ini tidak libatkan 'Top 5', hanya bincang manifesto PRU15" - Khaled
Selain Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, turut berada di Menara Dato' Onn ialah bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd Khairuddin Aman Razali, namun, tidak tidak pasti apa tujuan beliau menghadiri mesyuarat itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilihat tiba di Menara Dato' Onn, di sini, sekitar pukul 7.40 malam tadi.
Ketika disapa wartawan, beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung malam ini tidak melibatkan ‘Top 5’ parti dan hanya berkaitan manifesto pilihan raya.
"Bukan mesyuarat ‘Top 5’ … mesyuarat lain, mesyuarat berkaitan manifesto," katanya ringkas ketika ditemui di lobi menara yang menempatkan ibu pejabat UMNO itu.
Selain beliau, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali juga dilihat tiba di Menara Dato' Onn selang 15 minit.
Tidak dipastikan tujuan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu hadir dan ketika ditanya media, beliau tidak memberikan sebarang jawapan.
Petugas media dilihat sudah mula berkumpul di menara sejak jam 6 petang tadi selepas menerima khabar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Begitupun, tidak dapat dipastikan intipati pertemuan itu namun ia dipercayai berkaitan dengan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melibatkan Perdana Menteri pada petang tadi.
Ahli Parlimen Bera itu juga difahamkan meninggalkan ibu pejabat UMNO sekitar pukul 6.35 petang tadi.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-kabinet mingguan di Istana Negara pada Khamis.
Menurut muat naik Istana Negara di Facebook, majlis menghadap itu merupakan aktiviti rutin antara kedua-dua pemimpin bagi membincangkan isu semasa.
“Mesyuarat pra-kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut catatan tersebut.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Top 5 UMNO
#manifesto PRU15
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan