awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC adakan pemilihan presiden 12 April

Bernama
Bernama
18/03/2024
10:44 MYT
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
Saravanan berkata perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC yang bermesyuarat hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini, dengan hari pencalonan ditetapkan pada 27 Mac ini dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari di tingkat lima ibu pejabat parti di sini.
Timbalan Presiden Datuk Seri M. Saravanan berkata perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC yang bermesyuarat hari ini.
Beliau turut memberitahu tidak akan bertanding bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan nanti.
Jawatan presiden MIC kini disandang oleh Tan Sri S.A Vigneswaran.
"Mengikut perlembagaan MIC, tempoh presiden MIC tamat pada 25 Mei 2024. Oleh itu berdasarkan perlembagaan (parti) satu pemilihan perlu diadakan sebelum tamat tempoh presiden," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibu pejabat MIC di sini.
Calon yang ingin bertanding untuk jawatan presiden boleh menawarkan diri dengan mengisi borang yang diedarkan bermula hari ini, dengan seorang pencadang dan seorang penyokong diperlukan.
Saravanan berkata ketua-ketua cawangan yang telah menjalankan mesyuarat tahunan pada 2024 boleh menjadi pencadang dan penyokong untuk pemilihan presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIC
#pemilihan presiden
#M Saravanan
#hari pencalonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan