awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC, MCA bersama BN lakukan perubahan

Bernama
Bernama
14/05/2018
21:27 MYT
MIC, MCA bersama BN lakukan perubahan
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (kanan), berkata parti komponen BN perlu sepakat membuat perubahan dengan mengambil kira kelemahan yang ada untuk terus kekal relevan.
Parti MIC dan MCA akan terus bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran politik pada masa depan.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, berkata parti komponen BN perlu sepakat membuat perubahan dengan mengambil kira kelemahan yang ada untuk terus kekal relevan.
Beliau berkata BN perlu menjadi sebuah parti pembangkang yang baik untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.
Bagaimanapun, katanya parti itu mungkin akan mempertimbangkan pilihan lain sekiranya perubahan dalam BN tidak berlaku.
BACA: 'Kita perlu jadikan BN pembangkang yang berwibawa' - KJ
"Hari ini, kita (MIC) masih sebahagian daripada BN... kita merasakan BN perlu melakukan pembaharuan untuk menghadapi cabaran semasa dan kita akan melihat jika perubahan itu berlaku, kita boleh menjadi relevan kepada cabaran politik.
"Jika tidak, kita akan mencari pilihan lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato' Onn, malam tadi.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata semua parti komponen akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan mereka.
"BN masih utuh... mereka yang berada dalam BN, kita perlu mengharungi bersama," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, MIC hanya memenangi dua kerusi Parlimen iaitu di Tapah dan Cameron Highlands manakala MCA satu kerusi di Ayer Hitam. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#berita politik
#BN
#Liow Tiong Lai
#MCA
#MIC
#S Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan