awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC sedia hadapi PRU15 meskipun ketika Deepavali - Saravanan

Fareez Azman
Fareez Azman
22/09/2022
06:37 MYT
MIC sedia hadapi PRU15 meskipun ketika Deepavali - Saravanan
MIC sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekalipun diadakan ketika musim perayaan Deepavali, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan.
KUALA LUMPUR: MIC sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekalipun diadakan ketika musim perayaan Deepavali.
Ini kerana, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan, MIC sudah lama bersedia untuk menghadapi PRU15 sekiranya diadakan hujung tahun ini.
"MIC sudah lama sedia, kita bukan tak pernah adakan (PRU) masa Deepavali, dulu pernah ada Deepavali masa pilihan raya, kita serahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk putuskan," katanya.
Saravanan berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan bersama Menteri Sumber Manusia di ibu pejabat MIC, di sini, pada Khamis.
Mengulas mengenai pembahagian kerusi pula, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, perkara itu terpulang pada keputusan yang akan dibuat dalam pertemuan presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) kelak.
"Biasa isu kerusi di antara presiden-presiden parti komponen (BN), jadi Timbalan Presiden tiada kuasalah saya.
"Apabila Presiden (Tan Sri S Vigneswaran) sudah putuskan, dia akan bagitau saya," jelasnya.
Ditanya sama ada MIC akan meminta kerusi tambahan pada PRU15, tambah Saravanan, parti itu terbuka untuk membincangkan perkara itu bersama Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Itu kalau Presiden BN bermurah hati bolehlah, tapi Presiden BN sebelum ini sudah mengumumkan MIC akan diberikan kerusi sebelum ini untuk bertanding.
"(Kerusi) tambahan boleh berbincang, masih ada ruang berbincang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#MIC
#PRU15
#M Saravanan
#Timbalan Presiden MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan