POLITIK
MIC sertai PN?: 'Saya akan tanya Vigneswaran' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden MIC itu dalam masa terdekat. - Gambar/ Ikqwan Lee/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu dengan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mengenai spekulasi parti itu mungkin menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).
Ringkasan AI
- Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran bagi mendapatkan penjelasan berhubung spekulasi MIC menyertai Perikatan Nasional (PN), susulan kenyataan Vigneswaran yang tidak menolak kemungkinan tersebut.
- Vigneswaran menyifatkan pelawaan Timbalan Presiden Pas sebagai proses merisik dan menegaskan keputusan menyertai PN masih terlalu awal untuk diputuskan serta perlu diperhalusi.
- Ahmad Zahid memberi respons ringkas bahawa beliau akan bertanya sendiri kepada Vigneswaran mengenai perkara itu, selepas menghadiri majlis pelancaran Ensiklopedia Hadis Nilai di Kuala Lumpur.
Isnin lalu, Vigneswaran mengeluarkan kenyataan tidak menolak kemungkinan parti itu menyertai PN, namun menegaskan perkara tersebut masih terlalu awal untuk diputuskan.
Beliau menyifatkan pelawaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ibarat proses ‘merisik’ dan MIC akan meneliti dengan lebih mendalam sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
“Kemungkinan kot. Ini sebelum meminang, bukan perkara kecil dan saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia harus diperhalusi," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami