BAGAN DATUK: Kepimpinan tertinggi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan meneliti semua usul-usul yang akan dikemukakan oleh UMNO bahagian, terutama berkaitan usul mengadakan pilihan raya lebih awal dan pemilihan parti, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ibu pejabat akan meneliti berapa yang mahukan pilihan raya awal, berapa yang mahukan pemilihan awal dan pihaknya tidak boleh membuat kesimpulan pada hari ini, kerana mesyuarat belum tamat sepenuhnya.
"Semua usul-usul ini akan dikumpulkan, sebelum ia dibentangkan kepada lima pemimpin utama parti untuk kita pula akan membentangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO, sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk Tahun 2021, di sini hari ini.
Sementara itu beliau berkata UMNO menaruh keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden parti, akan membuat keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan ketetapan yang akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi kelak.
Ahmad Zahid berkata ketetapan itu berdasarkan suara di peringkat akar umbi, termasuk ahli-ahli sayap Pemuda dan Puteri UMNO yang mengusulkan supaya PRU15 diadakan lebih awal sebelum tamat penggal Parlimen pada 2023.
Beliau berkata 176 Pemuda UMNO Bahagian serta 171 Puteri UMNO Bahagian daripada keseluruhan 191 UMNO Bahagian di seluruh negara, bersetuju dengan usul tersebut.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kelewatan mengadakan PRU15 akan menyukarkan UMNO untuk menangani pelbagai tuduhan dan fitnah, seperti mana yang berlaku pada PRU14 lalu.
"Biarpun kerajaan banyak lakukan perubahan, tetapi sentimen 'center of gravity' maka bila tuduhan diadakan bertubi-tubi ramai yang percaya termasuk pengundi maka kerajaan tidak dapat bertahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Ahmad Zahid berkata kelewatan mengadakan PRU15 akan menyukarkan UMNO untuk menangani pelbagai tuduhan dan fitnah, seperti mana yang berlaku pada PRU14 lalu. - Gambar/ Bernama
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Tiada kompromi dalam kes rasuah dan salah guna kuasa dalam tender kerajaan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.