SHAH ALAM: Bekas Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor disahkan mendaftar sebagai ahli Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada 1 Mei lalu.
Setiausaha Agung Berjasa, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, penyertaan Mohamad Ezam turut menjadi perbualan ramai berikutan peningkatan keahlian parti yang memberangsangkan sejak tahun lalu.
Menurutnya, Berjasa sentiasa terbuka untuk membentuk permuafakatan politik baharu yang lebih segar, sebagai solusi kepada kemelut kredibiliti dan konflik kestabilan politik dalam negara disebabkan ketamakan parti-parti utama besar negara.
"Berjasa terkenal sebagai parti kepimpinan baharu menampilkan gaya politik berteraskan integriti, hikmah dan mempertahankan watan (tanah air) sentiasa terbuka dan berbesar hati menerima masuk mana-mana tokoh politik mahupun figura nasional yang bersetuju dengan agenda serta prinsip parti.
"Semoga penyertaan Mohamad Ezam akan dapat merancakkan lagi gerak kerja parti terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mohamad Ezam sebelum ini memegang jawatan sebagai Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan pernah keluar daripada PKR untuk menyertai UMNO selepas tidak lagi sefahaman dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada tahun 2008.
Namun beliau kembali ke pangkuan PKR pada tahun 2020 selepas mendapat permintaan daripada akar umbi yang mahukan beliau membantu parti.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 07 2022
Penyertaan Mohamad Ezam turut menjadi perbualan ramai berikutan peningkatan keahlian parti itu yang dikatakan memberangsangkan sejak tahun lalu. - Gambar fail
'Keganasan bola sepak': Modus operandi serangan digunakan serupa - PDRM
Modus operandi yang digunakan dalam serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim adalah serupa.
Majlis Ulama Asia main peranan penting pupuk kesederhanaan - Ahmad Zahid
Majlis itu secara aktif menentang ideologi ekstremis, di samping memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel kembali beroperasi
Kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan dengan DBKL telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
Imigresen Kelantan proses 15,000 pas sempadan setiap bulan
Permohonan itu dibuat di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Pelantikan Pengerusi SPA diputuskan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mohd Zuki
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.
Ahli perniagaan dipenjara empat tahun tipu pengurus undang-undang Jakel, babit kerugian RM400,000
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan.
Faisal dijangka lalui prosedur graf kulit minggu ini - Ketua Perubatan Sukan SFC
Dr Muhammad Hazwan Khair berkata ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan kulit.
AWANI Ringkas: Kos rawatan Faisal Halim ditanggung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
Berjasa sedia kerjasama dengan PN
Pendirian parti itu konsisten sejak sebelum PRU15 lagi dan akan kekal selagi tidak bercanggah dengan prinsipnya dan etika politik matang.
Pejuang, Berjasa mohon sertai PN, keputusan dalam masa terdekat - Takiyuddin
PN akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung permohonan Pejuang dan Berjasa untuk menyertai gabungan mereka, Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Pas tidak akan sertai Gerakan Tanah Air - Takiyuddin
Pas tidak akan menyertai Gerakan Tanah Air (GTA), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Mohamad Ezam sah sertai Berjasa
Mohamad Ezam disahkan mendaftar sebagai ahli Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada 1 Mei lalu.
PRK Tanjung Piai: Pas sokong MCA, ini sebabnya...
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana muafakat tersebut sudah pun menonjolkan kaum Melayu.
Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO
Gabungan parti politik yang terdiri daripada Pas, Ikatan dan Berjasa, terima kerjasama politik penyatuan ummah antara Pas dan UMNO.
PRK Semenyih platform rakyat suarakan kemarahan terhadap PH - Asyraf Wajdi
Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih perlu dijadikan platform terbaik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan.
Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah
Calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN )pada PRU14.
PRU14: Hanya Pas di Wilayah Persekutuan, Ikatan, Berjasa tidak tersenarai
Menurut Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad, dua parti komponen Gagasan Sejahtera itu akan bertanding di negeri-negeri lain.
Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR
Selain Mohd Khairuddin, sekurang-kurangnya empat wakil rakyat PAS yang lain juga dijangka akan menyertai PKR.